Thursday, October 8, 2009

Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini

Pihak Citypull telah bersetuju untuk mengadakan kelas menternak ayam kampung cara Citypull yang menggunakan teknologi terkini. Kelas ini mungkin adalah kelas pertama diadakan diMalaysia berikutan jenis ayam yang diternak adalah dari jenis ayam kampung biasa/melayu/malaikai/ori. Nama-nama diatas adalah panggilan kepada ayam jenis ini berikutan sekarang ini terdapat pelbagai variasi ayam kampung yang telah dikacuk untuk tujuan penambahbaikan.

Seperti yang anda tahu, ayam jenis ini diternak oleh penduduk luar bandar secara kecil2an dimana jumlah ayam yang diternak tidak melebihi 100 ekor. Ayam ini biasanya diternak secara tradisional dan biasanya tidak mempunyai rujukan khas bagaimana penternak kampung ini melakukan tugasan mereka. Oleh kerana cara menternaknya yang terlalu tradisional, pendapatan dari penternakan ini adalah sangat tidak memuaskan. Reban yang dibina juga tidak sempurna sehingga wujud pepetah seperti "reban ayam" yang membawa maksud kawasan yang tidak tersusun atau sangat buruk dan tidak sesuai didiami manusia.

Pihak kami telah memulakan penternakan ayam jenis ini sejak setahun dahuku kerana berpendapat ayam kampung ini mudah untuk diternak. Jika tidak kenapa orang kampung begitu mudah membiakkan dan membesarkan ayam ini sehingga matang. Kami pun memulakan pembinaan reban dan menternak 200 ekor ayam. Rupa2nya tiada panduan langsung mengenai ternakna ayam kampung jenis ini di mana2 temoat rujukan. Rujukan terdekat adalah penternakan ayam kacuk yang yg diternak diladang. Terlalu banyak perbezaan antara penternakan ayam kacuk dan ori. Setelah yakin dengan pengalaman dan pengetahuan, kami menemui cara kami sendiri untuk menternak ayam kampung ori ini dan rekaan atau cara ini adalah hak eksklusif pihak kami sendiri. Butiran tentang kelas kami adalah seperti dibawah:

  1. Program: Kelas Menternak Ayam Kampung Asli Cara Citypullagro
  2. Tarikh : Ahad pertama setiap awal bulan Baru
  3. Lokasi : Bilik Mesyuarat Ladang Citypullagro
  4. Masa : dari 8.30 sehingga 5 petang
  5. Anjuran : Citypullagro Enterprise
  6. Hari : Ahad
  7. Jumlah peserta : Maksimum 20 orang
  8. Sasaran peserta: penternak baru atau tradisional,pesara, pekerja sepenuh masa yang mahu menternak secara partime,penganggur,penduduk kampung yang mahu pendapatan sampingan
  9. Anda akan bawa pulang:nota ternakan
  10. Yuran : RM 100 Sahaja
  11. Deposit : tidak diperlukan, bayaran dilakukan semasa pendaftaran kelas
  12. hubungi atau SMS butiran anda untuk pendaftaran.
Tentatif:

8.30-9.00 -Pendaftaran & Minum Pagi
9.00-9.30 - lawatan singkat keLadang Citypull
9.30-12.30 -kelas (pengenalan,pelaksanan)
12.30-2.00 -rehat
2.00-3.45 -sambungan kelas
3.45-4.30 -lawatan reban Citypull(2),contoh reban citypull dan amali
4.30-5.00 -minum petang, penyerahan sijil, penyampaian cenderahati dan bersurai.

-pihak citypull berhak untuk meminda tarikh dengan persetujuan semua peserta.
-mudul yang diberikan adalah tertakluk kepada hak cipta Citypull dan tak boleh diterbitkan semula
-peserta dinasihatkan hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan tercicir silibus kelas.
-peserta juga digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian untuk memasuki ladang

Sebarang maklumat atau pertanyaan anda bolehlah menghubungi terus 012-3332273(saiful)

Untuk mendaftar menyertai kelas, anda perlu menghantar Email kepada kembara9595@gmail.com maklumat berikut:

1. nama penuh serta alamat tempat tinggal
2. No telepon
3. bilangan peserta

*anda juga boleh memohon untuk mengadakan kelas pada hari biasa yang ditentukan anda dengan syarat jumlah minimum peserta adalah 4 orang. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda dan call kami.

0 comments:

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke bloklink dari Citypullagro.. blog ini dikhaskan untuk mempamerkan produk keluaran atau khidmat yang disediakan oleh Citupullagro kepada anda.. untuk kembali ke Blog utama sila klik di link berikut


www.citypullagro.blogspot.com